Pelukanmu...aku rindu saat itu.


Musim hujan. Selaku penduduk Pantai Timur yang sangat bangga, aku menyambutnya seriang sahabatku Mat Nor menerima kunjungan salji di tempat pengajian beliau nun di Jerman. Bagi aku hujan sangat best. Suka sangat aku gambarkan hujan sebagai rahmat dari langit. Bila ada orang disekelilingku merungut kerana hujan aku suka menanyakan soalan: "kenapa plak? hujan itukan rahmat?" tapi selalunya aku tanya dalam hati je. Tahu, bukan semua sependapat denganku. Kita berbeza. Kau dari venus, aku dari mars, orang lain plak dari mana ye? Banyak betul planet kat cakerawala ni.

Jumaat, 20 November 2009, atau sebetulnya 21 November 2009 coz dah lebih tengah malam, aku baru sampai dari Kuantan. Perjalanan memenatkan kerana hujan, serata tempat naik air, mujur Myvi leh berenang. Jenguk ruang tamu ada KFC terhidang atas lantai, ramai-ramai makan depan TV. Sekeluarga tak tido lagi, penangan Sehati Berdansa! Geleng kepala. Makan KFC, lapo sehari tak makan nasi, dapat ayam pun syukur.

"Ma, esok nak gi Kerteh pastu terus ke Kuala Terengganu." Ujarku, bagitahu sambil minta izin.
"Amboi berjalan je kerjanya. Ada apa?" Soal bondaku tercinta.
"Kerteh ada program Smart Reader, nak tengok dan tolong-tolong. Kuala Terengganu pulak ada kawan kahwin." Jawabku sambil kunyah ayam.
"Mana tahu dia kahwin? Dapat kad jemputan ke?"
"Tak, tahu kat internet. Takpelah tak jemput pun, nak pergi coz dah lama tak jumpa dia."
"Ala...orang dah tak ingat tu buat apa nak pergi." Ujar bondaku selamba.
"Biarlah ma, mungkin dia sibuk. Yang penting bukan dia, tapi diri kita." Aku harap bondaku faham.

Ya, akhirnya aku pergi juga dalam hujan lebat. Sorang-sorang walau jauh macam KL ke Kuantan tapi takde highway. Sini aku nukilkan untukmu sahabatku, tak kisahla aku ada atau tidak dalam ingatanmu, ini tetap luahan ikhlas aku.

Saat kita mendaki remaja
Setiap liku dihadapi bersama
Jika ada jatuh terluka
Kau nurse aku doktornya
Innocent giler

Saat remaja kita nikmati
Perangai semua gila-gila babi
Bila ada perhimpunan rasmi
Muka kita je asyik dicari
 Lari..!!!

Bila mula nak dewasa
Memasing risau pasal periksa
Mula serius mengeja membaca
Result SPM memisahkan kita
Tutup cerita

Kita buka cerita baru
Mambang-mambang saling bertemu
Di saat indah pernikahanmu
Akhirnya aku tahu
Apa yang aku tahu?

Sebenarnya kau tak lupakan aku
Cuma kau jauh menuntut ilmu
Di bumi anbia kau bertamu
Selayaknya ustaz panggilan baru

Sahabatku
Terima kasih kerana masih seperti dulu
Senyum dan memeluk aku
Rupa-rupanya aku masih di ingatanmu
Cuma jarak dan waktu cemburu
Pada aku yang dipelukmu
Dan hingga kini merindui saat itu

Additional = Tambahan

Sewaktu menaip entri 'Thank you for smoking?' memang ada rasa tak kena, tak tahu kenapa. Tapi hari ini, 19 November 2009, selepas terbaca laporan bertajuk 'Kerajaan Kaji Kurang Judi' di akhbar UTUSAN MELAYU (artikel ini tiada dalam versi online, pelik.) tiba-tiba teringat sesuatu. Janji tentang rokok. Atau lebih sesuai dipanggil BAI'AH ROKOK? Ala...mana-mana pun sama.

Tentang sebab-sebab kenapa aku tak merokok, ada satu cerita tentangnya sewaktu aku masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

Waktu itu aku sedang berborak dengan geng-geng hero yang ada. Biasalah lelaki, berbual tentang kisah kejaguhan masing-masing, kemachoan apatah lagi. Tiba-tiba ada yang bertanyakan aku, kenapa tak merokok? Baik punya soalan. Aku lupa apa jawapan yang aku berikan. Tetapi dialog ini aku tak pernah lupa, dialog yang mempertaruhkan maruah kejantanan aku;

"Kalau lepas kita sekolah ni, korang jumpa aku kat mana-mana dan aku hisap rokok, AKULAH ORANG YANG PALING BODOH KAT DUNIA NI!"

Maka, sampai sekarang aku tak berani nak hisap rokok, letak rokok kat bibir pun tak. Serius, aku tak pernah hisap rokok sejak percubaan pertama, tahun 2000 dulu. Tak tipu.

Berikut adalah petikan 'Kerajaan Kaji Kurang Judi' (Utusan Melayu, 19 November 2009)

Kerajaan akan mengkaji cadangan supaya cabutan nombor ekor yang kini diadakan secara kerap, dikurangkan kepada hanya dua kali seminggu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menjelaskan, "saya tidak terlibat menjaga bidang perjudian kerana ia adalah di bawah tanggungjawab seorang lagi Timbalan Menteri (Datuk Chor Chee Heung).

Beliau menambah, kerajaan akan terus mengambil langkah berhati-hati untuk memastikan wang cukai judi tidak disalurkan bagi membiayai aktiviti keagamaan. 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, cukai yang dikutip daripada aktiviti perjudian pada 2008 adalah RM2.37 bilion manakala cukai rokok dan arak pada tahun sama pula adalah sebanyak RM4.4 bilion. 

"Wang kutipan cukai perjudian ini telah digunakan untuk aktiviti pembangunan dan pengurusan negara," katanya. 


p/s: tak tahulah nak komen apa, lu pikirlah sendiri. (salinan akhbar dalam simpanan aku, memang tak tipu).

Musim TENGKUJUH or TENGOK AKU TERJUN?

Air. Sikit boleh bawak gaduh. Banyak boleh bikin kecoh. Sejuk menghilangkan dahaga. Panas menyegarkan mata. Mengalir mendamaikan suasana. Bertakung mengundang bahaya. Air.

Mengimbau kembali kenangan belajar Sains sewaktu di kelas 6 Pluto, Sekolah Kebangsaan Kampung Air. Air lagi, hehe. Waktu itu cikgu Sains kesukaan aku, cikgu Rashid mengendalikan kelas. Kerana dia aku suka Sains, kerana dia aku gelojoh nak masuk makmal Sains, kerana dia aku suka bertanya pasal Sains, tapi aku bising dalam makmal bukan salah dia. Cikgu Rashid tanya kami sewaktu belajar ilmu alam, dari mana asal air? Ada yang jawab langit, hujan, sungai, air terjun, mata air, telaga, dan tak ketinggalan water heater. Jawapan sebenar? Tak siapa yang tahu. Cikgu Rashid cakap, air hujan turun ke bumi dan mengalir ke sungai terus ke laut, kemudian tersejat ke awan dan kembali menjadi hujan. Begitulah seterusnya.

Tapi ini bukan cerita air yang masuk ke sungai, mengalir ke laut atau naik ke awan. Ini kisah air yang derhaka. Air yang lupakan kulit. Air yang kena buang daerah. Bergelimpangan, tersadai di Terengganu, Kelantan, Perak dan serata Malaysia; AIR BANJIR.


Beberapa minggu kebelakangan ini, memang selalu media massa di Malaysia melaporkan tentang kedatangan angin monsun serta musim tengkujuh. Semuanya seperti yang kita sedia maklum diiringi oleh hujan lebat (atau rahmat) yang mencurah-curah sampai melimpah tempayan kat tangga rumah tok wan. Maknanya banyakla hujan tu. Namun, masih terdapat lagi laporan kehilangan atau kematian rakyat Malaysia akibat hanyut dek arus ketika bermandi-manda di sungai, pantai atau depan tangga rumah. Kenapa?




Aku marah sangat, lebih-lebih lagi jika mangsa melibatkan kanak-kanak kerana aku terbayangkan adik-adik yang kat umah ni. Kenapalah mudah sangat dibiarkan mereka lepas bebas di kala musim tengkujuh ni? Ada kanak-kanak lemas kerana mandi banjir di hadapan rumah sendiri. Yang dewasa pulak lemas mandi sungai. Mungkin bersuka-ria atau mencari ikan sungai buat santapan keluarga. Ajal.


Kepada semua yang masih ada, berhati-hatilah. Jangan biarkan ini terjadi kepada keluarga anda. Ini musim tengkujuh. Bukan musim tengok aku terjun. Bukan juga musim terjun jom? Lagilah bukan musim terjun ar doh. Paling taknak, musim cari aku dalam sungai jom!



Thank You For Smoking?

Aku bukan perokok, bukan juga anti-rokok atau perokok, malah aku sendiri pernah cuba merokok, 8 tahun dulu (2000), sekali je.  Aku jalan kaki, nak pergi cyber cafe, padahal aku sepatutnya balik asrama kerana rumah aku beratus kilometer jauhnya. Sambil menapak aku layan perasaan nyanyi lagu Linkin Park, ada motor melintas, 2 orang lelaki muda. Pembonceng tu campakkan puntung rokok yang masih berbaki dan menyala. Aku kutip dan cuba hisap. Pada saat sedutan pertama, aku tak rasa apa pun. Aku sedut lagi dalam, asap pahit meluru ke dalam tekak dan aku tersedak lalu terbatuk-batuk. Bodoh. Ye, aku cakap bodoh. Bukan aku, tapi orang yang hisap rokok. Apa kejadah yang sedap sangat hisap rokok ni? Tu cerita lama, 8 tahun dulu.

Masa praktikal mengajar di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Selangor. Aku masuk kelas 4KFL1. Cuba teka aku ajar subjek apa? Salah, mestilah aku ajar subjek English, pesal nak ajar Matematik Tambahan plak! Haha emosi btol (majoriti TESLians fobia dengan angka). Puas mengajar, diorang tak faham juga bahasa penjajah ni, so I ended my lecture and started making jokes.

Cikgu: Apa hasil 5 tolak 7?
Pelajar: -2!
Cikgu: Salah, mestilah 7 jatuh. Hahaha
Pelajar: ........(diam)

Siot, bukan bidang aku rupanya melawak ni. Tukar strategi. Amik strategi cikgu aku dulu. Macam style bang-bang-boom, takde pasal? Cari pasal! hahaha...

Cikgu: Sape dalam kelas ni smoker?

Part ni yang best, kita boleh tengok most of them toleh sana-sini, yang suci angkat-angkat kening, yang bersalah sengih-sengih. Pastu mulalah, dia cikgu, dia cikgu, ko isap rokok, manada aku isap shisha je, dan macam-macam lagi penafian dan lakonan. Yang bersalah mula tukar topik, pandai ko ye!

Pelajar bersalah: Cikgu hisap rokok?

Aku senyum. Aku memang suka orang tanya aku soalan tu. Maybe sebab bibir aku memang tak pink macam Jehan Miskin, ada aura lebam-lebam macam perokok tegar. Lalu aku ulang cerita sama macam perenggan pertama di atas. Sambil aku tambah beberapa sebab kenapa aku tidak merokok:
  1. Aku berpegang pada fatwa merokok itu HARAM hasil Muzakarah Majlis Ulama Malaysia.
  2. Aku tak suka bau rokok. 
  3. Aku tak suka membazirkan duit.
  4. Keluarga melarang merokok (tapi ayah dan 2 orang adik aku perokok, semoga cepat berubah).
  5. Saudara-mara pun melarang merokok.
  6. Merokok mencemarkan udara.
  7. Merokok mengganggu privasi orang lain.
  8. Merokok menyumbang pencemaran alam sekitar (pernah simpan puntung dalam poket?).
  9. Merokok menyebabkan ketagihan yang kronik.
Tapi, ada lagi beberapa sebab yang best, hehehe:
  1. Kebanyakan gadis tak suka perokok.
  2. Kebanyakan ibubapa gadis tak suka perokok.
Dan, hari ini julung-julung kalinya aku jumpa, satu lagi sebab yang aku boleh tambah dalam senarai:
  1. Majikan tak suka perokok. (lihat sini)
p/s: buat orang di sekelilingku yang merokok, aku harap korang berjaya berhenti merokok, good luck.

Emi nak jadi askar!


Abah memandu sambil tersenyum, gembira semacam je. Waktu tu aku lupa kereta dipandu abah menghala ke mana. Aku muda lagi, masih single dan belum digoda.

Apa yang aku ingat aku naik kereta dengan abah, aku berpakaian sekolah, galas beg dan kami melalui kawasan Kijal, Kemaman. Yang pasti aku bukan sekolah kat area Kijal, I am very positive about that.

Abah: emi dah besar nak jadi apa?
Emi: emi nak jadi askar!
Abah: buat apa jadi askar...gaji sikit!
Emi: abis tu nak jadi apa? polis boleh?
Abah: polis pun sama. jadilah manager, baru kaya.
Emi: hmm...emi nak jadi bisnesman lah.
Abah: bisnesman pun ok juga =)

Majlis Konvokesyen Ke-4
Universiti Industri Selangor
(kampus Bestari Jaya)
31 Oktober 2009

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL)
Dengan Kepujian.
Kelas Kedua (Tinggi)

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Usaha, Doa, Tawakal. InsyaAllah...

Sebuah coretan lama...

Kadang-kadang kita lantang mengkritik,
Menilai tanpa menyelidik,
Merobek hati-hati yang 'tak setabah' hati kita,
Me-rendahtaraf-kan diri-diri itu dgn kekhilafan mereka,
Kaku...nyawa2 itu xmampu membela diri,
Lantaran mmg kekurangan x-tersembunyi,
Tapi...kita:

xsedar amarah kita menutup hati2 itu untuk kembali pada-Nya.
xsedar kata2 yg berhamburan menyemai benci abadi.
xsedar niat terpesong, menasihati kpd memaki.
xsedar diri dilaknat lantaran kalah akal pd nafsu.
xsedar pelbagai keburukan yg telah kita sebar tiap2 hari.

Lantaran akal xberfikir, xmemahami fitrah, tinggalan Rasul; Al-Quran & As-Sunnah...

Lemahnya kita bukan kerana kurang latihan,
Lemahnya kita kerana saling bercakaran,
Lemahnya kita kerana xmembaja akal fikiran!

p/s: hasil tulisan sendiri di friendster entah tahun bila, dah terjumpa elok dikongsi bersama. Moga bermanfaat.