Orang 'mana'?


Semalam. "Mie, mari sini jap." Abah memanggilku dari seberang ruang tangga. Kusangkakan internet connection netbook abah bermasalah lagi, puas aku settingkan netbook itu tapi abah selalu balik rumah dengan setting baru dari kawan-kawannya yang pakar komputer, kesudahannya aku yang berkelulusan 'tinggi' dalam teknologi pengkomputeran ini yang terpaksa membetulkannya. Untuk makluman, aku berkelulusan Bachelor of Education (Teaching English as Second Language).

Bila aku sampai pada abah, dia menunjukkan sesuatu pada skrin netbook pink itu. "Nik Aziz ada blog ye?" "A'ah, tapi lupa nama blog dia. Kenapa?"

"Nik Aziz nak pecat Abdul Hadi!" Ujar abah sambil tersenyum. Aku tak tahu maksud senyuman itu. Mungkin abah geli hati memikirkan hal itu hanya sekadar gimik politik, atau geli hati mengenangkan krisis parti yang wajah mursyidul amnya sedang tertera di skrin waktu itu. Tiada ulasan dariku.

Hari ini, sewaktu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Program Minggu Kesedaran Kewangan di Kuala Terengganu, yang turut menemukan aku dengan Nabil Raja Lawak, aku teringatkan pertanyaan dari seorang kenalan sedarjah ketika bersekolah rendah, kini beliau mengajar di sebuah sekolah agama di Kuantan.

"Orang PAS ke?" Mesej kirimannya ringkas, tetapi memenuhi tujuan. Menyampaikan soalan yang sudah pasti menginginkan jawapan.

Tak kusangka 'penghargaan kecil' berupa sekeping penanda buku tertera wajah Nik Abdul Aziz yang kusisipkan ke dalam buku kepunyaannya itu (terima kasih kerana sudi meminjamkan buku) menimbulkan rasa ingin tahu.

Termenung sesaat lantas aku menjelaskan pendirianku. "tak lah, saya orang ISLAM."

Untuk pembaca: orang 'mana'?

2 Komen (rahsia):

Anonymous said...

Parti adalah wadah perjuangan, bila kita ingin berjuang perlu ada kesatuan. Bukan saling melemahkan tetapi saling menerima kekurangan dan bantu menguatkan. Jangan asyik provokasi melalui media utama! btul?

Healmie a.k.a BuRN said...

Anonymous: Memetik ayat feveret artis; NO COMMENT =)

Post a Comment