Musim TENGKUJUH or TENGOK AKU TERJUN?

Air. Sikit boleh bawak gaduh. Banyak boleh bikin kecoh. Sejuk menghilangkan dahaga. Panas menyegarkan mata. Mengalir mendamaikan suasana. Bertakung mengundang bahaya. Air.

Mengimbau kembali kenangan belajar Sains sewaktu di kelas 6 Pluto, Sekolah Kebangsaan Kampung Air. Air lagi, hehe. Waktu itu cikgu Sains kesukaan aku, cikgu Rashid mengendalikan kelas. Kerana dia aku suka Sains, kerana dia aku gelojoh nak masuk makmal Sains, kerana dia aku suka bertanya pasal Sains, tapi aku bising dalam makmal bukan salah dia. Cikgu Rashid tanya kami sewaktu belajar ilmu alam, dari mana asal air? Ada yang jawab langit, hujan, sungai, air terjun, mata air, telaga, dan tak ketinggalan water heater. Jawapan sebenar? Tak siapa yang tahu. Cikgu Rashid cakap, air hujan turun ke bumi dan mengalir ke sungai terus ke laut, kemudian tersejat ke awan dan kembali menjadi hujan. Begitulah seterusnya.

Tapi ini bukan cerita air yang masuk ke sungai, mengalir ke laut atau naik ke awan. Ini kisah air yang derhaka. Air yang lupakan kulit. Air yang kena buang daerah. Bergelimpangan, tersadai di Terengganu, Kelantan, Perak dan serata Malaysia; AIR BANJIR.


Beberapa minggu kebelakangan ini, memang selalu media massa di Malaysia melaporkan tentang kedatangan angin monsun serta musim tengkujuh. Semuanya seperti yang kita sedia maklum diiringi oleh hujan lebat (atau rahmat) yang mencurah-curah sampai melimpah tempayan kat tangga rumah tok wan. Maknanya banyakla hujan tu. Namun, masih terdapat lagi laporan kehilangan atau kematian rakyat Malaysia akibat hanyut dek arus ketika bermandi-manda di sungai, pantai atau depan tangga rumah. Kenapa?




Aku marah sangat, lebih-lebih lagi jika mangsa melibatkan kanak-kanak kerana aku terbayangkan adik-adik yang kat umah ni. Kenapalah mudah sangat dibiarkan mereka lepas bebas di kala musim tengkujuh ni? Ada kanak-kanak lemas kerana mandi banjir di hadapan rumah sendiri. Yang dewasa pulak lemas mandi sungai. Mungkin bersuka-ria atau mencari ikan sungai buat santapan keluarga. Ajal.


Kepada semua yang masih ada, berhati-hatilah. Jangan biarkan ini terjadi kepada keluarga anda. Ini musim tengkujuh. Bukan musim tengok aku terjun. Bukan juga musim terjun jom? Lagilah bukan musim terjun ar doh. Paling taknak, musim cari aku dalam sungai jom!



0 Komen (rahsia):

Post a Comment