Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Pegang-memegang jadikan amalan.....wajib!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

     Sekarang umat Islam di seluruh dunia sedang sama-sama menikmati redup kasih-sayang Allah yang disampaikan melalui kemuliaan Syaaban-Nya. Sungguh, selepas Rejab, Syaaban adalah bulan yang dilipat-gandakan nikmat beribadat di dalamnya. Bagi yang sudah memulakan amalan berpuasa sunat sejak bulan Rejab, kini mereka sudah memasuki  "bulan puasa" yang kedua sebelum bertemu dengan "bulan rukun Islam ke-3" iaitu "bulan puasa" bulan Ramadhan, insyaAllah.

     Siang tadi aku telah berjaya menemui tukang jahit yang sudi menjahit baju rayaku untuk tahun ini. Warna tema tahun ini? Biarlah rahsia, hehehe. Bila kuhitung-hitung hampir sepuluh kedai yang dikunjungi telah menutup ruang tempahan, nasib aku agak baik kerana berjumpa dengan tukang jahit yang baik hati. Itupun mungkin minggu terakhir Ramadhan baru persalinan aku siap. Redha dan syukur dengan apa yang dah ditakdirkan untukku. =) 

      Setiap kali tiba musim perayaan aku selalu membeli-belah di saat-saat akhir, fikirku beli last minute mesti dapat diskaun lebih kerana stok yang penghabisan tetapi sebenarnya mahal macam orang lain beli juga!! Dan setiap kali membeli-belah di musim perayaan mesti akan selalu kedengaran pengumuman sebegini: "perhatian kepada sesiapa yang kehilangan anak, sila datang ke kaunter penerangan sekarang." Kemudian boleh dilihat ibubapa berpusing mencari anak masing-masing, bilang kepala satu-persatu, jerit-menjerit nama anak yang bersembunyi di celah-celah almari pakaian (main sorok-sorok). Bila dah cukup anak-anak, ibubapa sambung shopping, anak-anak sambung bermain.


     Wahai ibu dan ayah, anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Hilang satu tiada gantinya kerana setiap mereka berbeza dan istimewa. Riang gelak-tawa dan rancak senda-gurau mereka biarlah di sisi sentiasa. 

     Lupakah pada kehilangan Nurin Jazlin? Mahukah ditimpa musibah ketiadaan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh selama 9 bulan 10 hari dan tempoh membesarkannya bertahun-tahun akibat kelalaian sesaat? Jika tidak mahu maka pegang dan genggamlah tangan mereka sentiasa! Tunjukkan pada dunia bahawa anak-anak itu anda yang punya, dan biarlah di dalam hati mereka berkata kepada seluruh umat manusia: "hai, inilah ibu dan bapa saya".


     Ya, anak-anak ini comel dan manja. Tetapi comel dan manjakah mereka apabila disambut tangan yang bukan milik kita, ibubapa mereka? Fikirkanlah.....

"Orang Tua"

Sahabat-sahabatku bersalaman dengan Abah seorang demi seorang sebelum kami menyambung perjalanan menuju ke Kuala Lumpur malam itu, tertib dan sopan semuanya menghulur tangan sambil mengucapkan terima kasih atas layanan dan jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. 

Sempat aku mengusik, "dah bayar ke?"

"Eh, bayar apa?" tanya mereka, terkejut.

"Laa.....bayaran 'ceramah' tadi!" sahut aku berseloroh sambil disambut ketawa semua yang ada. -tamat-


Abah memang suka 'berceramah' tak kira bila masa atau mana tempatnya. Abah membuat aku menjadi murid cemerlang dengan 'ceramah' pagi sebelum ke sekolah. Abah menjadikan aku pemandu kereta yang mahir dengan 'ceramah' sebelum, semasa dan selepas naik kenderaan. Abah menyedarkan aku tentang tanggungjawab seorang anak sulung dengan 'ceramah' lewat malam sewaktu dia pulang dan melihat aku masih belum tidur. Abah juga mengajar aku menjadi anak yang patuh dengan 'ceramah' kaki dan tangan beliau bila aku terlalu melampaui batas. Inilah "Orang Tua" yang aku kenal dan aku sayang sejak kecil hingga dewasa.

Dan pada 19 Mei 2010, sempena sambutan hari lahir Abah sedunia yang ke-53 aku telah menghadiahkan abah sesuatu yang dia tak suka: sambutan hari lahir! Abah nampak ceria walaupun ianya hanya disambut di rumah secara ringkas dan tiada hadiah diterima melainkan ciuman isteri dan anak-anak tercinta. 

SELAMAT HARI LAHIR, ABAH!!! =)


Bacaan doa diketuai oleh adik bongsu, Mohd Haziq bin Zahari. Semoga Abah diberkati ALLAH selalu, dikurniakan kesihatan dan keselamatan berpanjangan...amin! =)

"Semakin kita sayang seseorang, Semakin banyak yang kita berikan, Walau jasad dan nyawa jadi taruhan!"

makan gaji v.s cari gaji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian.

Pada waktu saya menulis coretan ini hati sedang dilanda kekeliruan yang boleh tahan hebatnya. Situasi yang biasa dihadapi oleh mana-mana graduan universiti yang telah menamatkan pengajiannya, situasi yang biasa dihadapi oleh graduan yang tidak puas hati dengan apa yang dia capai, situasi yang biasa dihadapi oleh graduan yang menanggung harapan besar ibubapa; samada untuk bekerja makan gaji atau bekerja sendiri.

Terus-terang saya tidak berminat untuk bekerja makan gaji samada swasta atau kerajaan. Saya jenis yang sukar duduk diam dan menerima arahan bulat-bulat macam mesin, lebih-lebih lagi jika saya rasakan arahan atau tugas itu tidak sesuai dilakukan atau menyalahi pendirian saya sendiri. Saya hanya menerima arahan yang terbaik dan paling tepat untuk sesuatu tugas disiapkan, arahan yang menjadikan tugas itu disiapkan sekadar cukup makan atau ambil syarat memang akan dibantah oleh saya. Pemberi arahan atau ketua pula mestilah orang yang layak dengan posisinya untuk menjadi pemimpin saya. Siapa yang suka menerima arahan atau tugas dari orang yang tidak bercirikan apa yang diucapkannya, betul tak?

Kerja sendiri atau menjadi usahawan lebih sesuai dengan jiwa saya. Saya merancang dan saya melaksanakan. Betul dan salah saya yang tentukan dan tanggung. Jiwa tenteram hati pun tenang. Namun risikonya memang agak menggentarkan jiwa. Saya tidak akan tahu bila saya akan menerima gaji, mungkin penuh atau separuh, atau mungkin tiada langsung! Kekuatan jiwa dan keteguhan kewangan diperlukan sebagai bekalan dalam perjalanan menentukan hidup sendiri sebegini kerana tersilap langkah memang besar padahnya. Hati siapa yang tidak gentar bila memikirkan kawan-kawan sepengajian sudah punyai kerjaya sendiri sedangkan kita pula bergelut mencari rezeki untuk melangsaikan pinjaman PTPTN, saman, ansuran kereta, dan lain-lain, betul tak?


Runsing...antara harapan keluarga dengan impian sendiri, yang mana patut didahulukan? Mohon diberi ilham dan petunjuk oleh-Nya...amin!

Selamat hari lahir, CINTA!

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, yang tiada sesuatu yang berlaku melainkan dengan izin-Nya jua, Allah maha besar.

Tanggal 2 Mei 2010, tertera di halaman akaun Facebook-ku ayat ini: Baru selesai membacakan doa dan menyertai upacara "cium ibu beramai-ramai". SELAMAT HARI LAHIR buat ibu tercinta; Rodziah bt Husain. I Love You!!!

Ibu; insan yang melahir, membesar dan mendidik kita semua. Tanpanya dunia tiada makna. Sinar mentari pun tidak terbanding dengan seri wajahnya tika tersenyum manis memandang kita. Indah rembulan pun tidak setara tenang renungannya tika menatap wajah kita. Sejuk sungai pun tidak sedingin kata-katanya tika menenangkan gundah hati kita.

Sempena ulang tahun kelahiranmu ini wahai ibuku, kudoakan keberkatan Allah sentiasa mengiringimu dan izinkan aku tujukan ucapan ini: SELAMAT HARI LAHIR, CINTA!

My Love: Rodziah bt Husain =)

Thank You For Smoking?

Aku bukan perokok, bukan juga anti-rokok atau perokok, malah aku sendiri pernah cuba merokok, 8 tahun dulu (2000), sekali je.  Aku jalan kaki, nak pergi cyber cafe, padahal aku sepatutnya balik asrama kerana rumah aku beratus kilometer jauhnya. Sambil menapak aku layan perasaan nyanyi lagu Linkin Park, ada motor melintas, 2 orang lelaki muda. Pembonceng tu campakkan puntung rokok yang masih berbaki dan menyala. Aku kutip dan cuba hisap. Pada saat sedutan pertama, aku tak rasa apa pun. Aku sedut lagi dalam, asap pahit meluru ke dalam tekak dan aku tersedak lalu terbatuk-batuk. Bodoh. Ye, aku cakap bodoh. Bukan aku, tapi orang yang hisap rokok. Apa kejadah yang sedap sangat hisap rokok ni? Tu cerita lama, 8 tahun dulu.

Masa praktikal mengajar di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Selangor. Aku masuk kelas 4KFL1. Cuba teka aku ajar subjek apa? Salah, mestilah aku ajar subjek English, pesal nak ajar Matematik Tambahan plak! Haha emosi btol (majoriti TESLians fobia dengan angka). Puas mengajar, diorang tak faham juga bahasa penjajah ni, so I ended my lecture and started making jokes.

Cikgu: Apa hasil 5 tolak 7?
Pelajar: -2!
Cikgu: Salah, mestilah 7 jatuh. Hahaha
Pelajar: ........(diam)

Siot, bukan bidang aku rupanya melawak ni. Tukar strategi. Amik strategi cikgu aku dulu. Macam style bang-bang-boom, takde pasal? Cari pasal! hahaha...

Cikgu: Sape dalam kelas ni smoker?

Part ni yang best, kita boleh tengok most of them toleh sana-sini, yang suci angkat-angkat kening, yang bersalah sengih-sengih. Pastu mulalah, dia cikgu, dia cikgu, ko isap rokok, manada aku isap shisha je, dan macam-macam lagi penafian dan lakonan. Yang bersalah mula tukar topik, pandai ko ye!

Pelajar bersalah: Cikgu hisap rokok?

Aku senyum. Aku memang suka orang tanya aku soalan tu. Maybe sebab bibir aku memang tak pink macam Jehan Miskin, ada aura lebam-lebam macam perokok tegar. Lalu aku ulang cerita sama macam perenggan pertama di atas. Sambil aku tambah beberapa sebab kenapa aku tidak merokok:
  1. Aku berpegang pada fatwa merokok itu HARAM hasil Muzakarah Majlis Ulama Malaysia.
  2. Aku tak suka bau rokok. 
  3. Aku tak suka membazirkan duit.
  4. Keluarga melarang merokok (tapi ayah dan 2 orang adik aku perokok, semoga cepat berubah).
  5. Saudara-mara pun melarang merokok.
  6. Merokok mencemarkan udara.
  7. Merokok mengganggu privasi orang lain.
  8. Merokok menyumbang pencemaran alam sekitar (pernah simpan puntung dalam poket?).
  9. Merokok menyebabkan ketagihan yang kronik.
Tapi, ada lagi beberapa sebab yang best, hehehe:
  1. Kebanyakan gadis tak suka perokok.
  2. Kebanyakan ibubapa gadis tak suka perokok.
Dan, hari ini julung-julung kalinya aku jumpa, satu lagi sebab yang aku boleh tambah dalam senarai:
  1. Majikan tak suka perokok. (lihat sini)
p/s: buat orang di sekelilingku yang merokok, aku harap korang berjaya berhenti merokok, good luck.

Emi nak jadi askar!


Abah memandu sambil tersenyum, gembira semacam je. Waktu tu aku lupa kereta dipandu abah menghala ke mana. Aku muda lagi, masih single dan belum digoda.

Apa yang aku ingat aku naik kereta dengan abah, aku berpakaian sekolah, galas beg dan kami melalui kawasan Kijal, Kemaman. Yang pasti aku bukan sekolah kat area Kijal, I am very positive about that.

Abah: emi dah besar nak jadi apa?
Emi: emi nak jadi askar!
Abah: buat apa jadi askar...gaji sikit!
Emi: abis tu nak jadi apa? polis boleh?
Abah: polis pun sama. jadilah manager, baru kaya.
Emi: hmm...emi nak jadi bisnesman lah.
Abah: bisnesman pun ok juga =)

Majlis Konvokesyen Ke-4
Universiti Industri Selangor
(kampus Bestari Jaya)
31 Oktober 2009

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL)
Dengan Kepujian.
Kelas Kedua (Tinggi)

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Usaha, Doa, Tawakal. InsyaAllah...

Jutawan MALAYSIA beli lukisan Van Gogh???

Jika anda berkunjung ke Petronas Exhibition Centre (KLCC) dan terjumpa lukisan-lukisan berikut yang merupakan antara hasil karya Van Gogh sempena Berlin (2nd) Art Exhibition After WWII pada tahun 1511, terdapat nama pembeli berkenaan pada bingkai gambar-gambar berkenaan. Penganalisis antarabangsa menganggarkan kos membawa masuk hasil-hasil karya berkenaan menelan belanja RM850juta tanpa mengambil kira duti import kerajaan Malaysia. Peringatan; DILARANG MENGAMBIL GAMBAR di dalam ruang pameran, atau anda akan ditahan oleh pihak keselamatan di situ. Berikut adalah antara hasil karya yang terdapat di sana:

Love I Need

Without Love
 

Saya Sayang Mak Saya


p/s: Semua lukisan 'Van Gogh' di atas sebenarnya hasil karya adik-adik saya. Sekadar ingin berkongsi =)