Pentauliahan Diri



Saya yakin ramai yang tersenyum selepas melihat kartun di atas. Ianya menyindir pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan isu 'tauliah' yang hangat baru-baru ini. Saya akui saya sukakan kartun ini kerana mesejnya menusuk tepat tetapi penuh hikmah.

Perbuatan menyampaikan mesej bukan mudah jika tidak punyai kemahiran yang mencukupi. Ini kerana terdapat terlalu banyak cara untuk mesej disampaikan dan tidak kesemuanya sesuai digunakan. Penghantar mesej perlu memilih cara yang tepat dan diyakini akan menyampaikan maksud mesej dengan jelas kepada penerima. Barulah interaksi menghasilkan faham.

Memberikan pendapat adalah hak mutlak semua orang, kecuali jika berada di premis yang menyebabkan individu tersebut tertakluk kepada undang-undang pemilik premis. Pendapat yang diberikan pula haruslah mewakili pendirian orang yang menyampaikannya dan tidak menyeleweng dari isu yang diperkatakan. Dengan cara ini pendapat tidak mendatangkan mudarat sebaliknya manfaat.

Jika penyampaian mesej telah dilakukan melalui cara dan medium yang betul, dan pendapat pula diberikan dengan telus dan bertanggungjawab, namun masih mengundang kekeliruan atau salah faham eloklah 'diperbetulkan' si penerimanya. Mungkin ada 'kerosakan' di bahagian komponen yang menjejaskan prestasi keseluruhan lalu menyumbang kepada kegagalan reseptor-reseptor penerima berfungsi. Ringkasnya, mungkin ada masalah pada penerima.

Tak faham? Maknanya memang ada masalah!

3 Komen (rahsia):

sayalahfaizul said...

setuju dengan pendapat saudara... isu lesen melesen tauliah ni perlukan pendekatan baru

Anonymous said...

salam...hmm.......dua-dua pihak harus mmberi dan menerima heheheh

Healmie a.k.a BuRN said...

Faizul: Kita perlukan lebih dari sekadar persetujuan, kita perlukan faham dan buat. Malu dibuatnya jika disalah tafsir pihak luar, nanti dikatanya kita kurang pengetahuan(baca:bodoh).

Anonymous: W'salam, sebaiknya begitulah. Memberi dan menerima. Jika sudah memberi patutnya sedia menerima, komunikasi dua hala, kalu sehala je baik pergi BTN atau 'BTN'! hehehe...

Post a Comment