Thank You For Smoking?

Aku bukan perokok, bukan juga anti-rokok atau perokok, malah aku sendiri pernah cuba merokok, 8 tahun dulu (2000), sekali je.  Aku jalan kaki, nak pergi cyber cafe, padahal aku sepatutnya balik asrama kerana rumah aku beratus kilometer jauhnya. Sambil menapak aku layan perasaan nyanyi lagu Linkin Park, ada motor melintas, 2 orang lelaki muda. Pembonceng tu campakkan puntung rokok yang masih berbaki dan menyala. Aku kutip dan cuba hisap. Pada saat sedutan pertama, aku tak rasa apa pun. Aku sedut lagi dalam, asap pahit meluru ke dalam tekak dan aku tersedak lalu terbatuk-batuk. Bodoh. Ye, aku cakap bodoh. Bukan aku, tapi orang yang hisap rokok. Apa kejadah yang sedap sangat hisap rokok ni? Tu cerita lama, 8 tahun dulu.

Masa praktikal mengajar di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Selangor. Aku masuk kelas 4KFL1. Cuba teka aku ajar subjek apa? Salah, mestilah aku ajar subjek English, pesal nak ajar Matematik Tambahan plak! Haha emosi btol (majoriti TESLians fobia dengan angka). Puas mengajar, diorang tak faham juga bahasa penjajah ni, so I ended my lecture and started making jokes.

Cikgu: Apa hasil 5 tolak 7?
Pelajar: -2!
Cikgu: Salah, mestilah 7 jatuh. Hahaha
Pelajar: ........(diam)

Siot, bukan bidang aku rupanya melawak ni. Tukar strategi. Amik strategi cikgu aku dulu. Macam style bang-bang-boom, takde pasal? Cari pasal! hahaha...

Cikgu: Sape dalam kelas ni smoker?

Part ni yang best, kita boleh tengok most of them toleh sana-sini, yang suci angkat-angkat kening, yang bersalah sengih-sengih. Pastu mulalah, dia cikgu, dia cikgu, ko isap rokok, manada aku isap shisha je, dan macam-macam lagi penafian dan lakonan. Yang bersalah mula tukar topik, pandai ko ye!

Pelajar bersalah: Cikgu hisap rokok?

Aku senyum. Aku memang suka orang tanya aku soalan tu. Maybe sebab bibir aku memang tak pink macam Jehan Miskin, ada aura lebam-lebam macam perokok tegar. Lalu aku ulang cerita sama macam perenggan pertama di atas. Sambil aku tambah beberapa sebab kenapa aku tidak merokok:
  1. Aku berpegang pada fatwa merokok itu HARAM hasil Muzakarah Majlis Ulama Malaysia.
  2. Aku tak suka bau rokok. 
  3. Aku tak suka membazirkan duit.
  4. Keluarga melarang merokok (tapi ayah dan 2 orang adik aku perokok, semoga cepat berubah).
  5. Saudara-mara pun melarang merokok.
  6. Merokok mencemarkan udara.
  7. Merokok mengganggu privasi orang lain.
  8. Merokok menyumbang pencemaran alam sekitar (pernah simpan puntung dalam poket?).
  9. Merokok menyebabkan ketagihan yang kronik.
Tapi, ada lagi beberapa sebab yang best, hehehe:
  1. Kebanyakan gadis tak suka perokok.
  2. Kebanyakan ibubapa gadis tak suka perokok.
Dan, hari ini julung-julung kalinya aku jumpa, satu lagi sebab yang aku boleh tambah dalam senarai:
  1. Majikan tak suka perokok. (lihat sini)
p/s: buat orang di sekelilingku yang merokok, aku harap korang berjaya berhenti merokok, good luck.

6 Komen (rahsia):

sayalahfaizul said...

someday, maybe...

farae al-farafisya said...

salam..
saya suka entri ni..
nak buat kesinambungan dalam blog saya blh?
hehehe..
tentang TESLian yang fobia dgn angka...
telah terbukti dan diakui oleh classmate saya..
ahaks~

Syafiq said...

patut la ramai makcik2 nak kenenkan anak dorang kat aku.hahaha

Healmie a.k.a BuRN said...

sayalahfaizul: usaha tangga kejayaan! chaiyo2 =)

farae: Setelah sekian lama akhirnya muncul juga kat sini. Buatlah apa yang suka, jangan godam blog ni udahle. hehe

syafiq: sebab dah ramai, xpayahla aku kenenkan ngan adik aku kan? hahaha

Anonymous said...

hahaha...d 2nd 2 reasons 2 mmg xleh bla..
tp pape pn,
aku mmg agree ngn mu..
smoge xmrokok till d end..

Healmie a.k.a BuRN said...

Anonymous: kadang2 itulah alasan yang mampu mencegah diorang merokok, so bagi je r. Hehe, thanx. Jangan lupa AFUNDI BURN.

Post a Comment